Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Sejarah penubuhan dan kegiatan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah,Shah Alam
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
(Pensyarah CTU101)
(Pensyarah CTU101)
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL HUDA BINTI MAZLAN
No Matrik : 2011616462
Kumpulan : ACD1Fz
NURUL HUDA BINTI MAZLAN
No Matrik : 2011616462
Kumpulan : ACD1Fz
PROGRAM:
DIPLOMA TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT PERAKAUNAN
(AC120)
DIPLOMA TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT PERAKAUNAN
(AC120)
TARIKH HANTAR:
02 OGOS 2011
Isi Kandungan
Tajuk : Sejarah penubuhan dan kegiatan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah, Shah Alam
1. Isi Kandungan
2. pendahuluan
3. Abstrak
4. Sejarah dan Senibina masjid sultan salahudin abdul aziz shah
5. Peranan masjid
6. Objektif,misi dan visi masjid sultan salahudin abdul aziz shah
7. Imam besar masjid sultan salahudin abdul aziz shah
8. Kemudahan di masjid sultan salahudin abdul aziz shah
9. Carta organisasi
10. Aktiviti dan kegiatan yang diadakan di masjid
11. Rujukan
Pendahuluan
Assalamualaikum w.b.t,Alhamdulillah segala puji bagi Allah s.w.t,pentadbir seluruh alam maya.Dengan limpah dan kurniaNya saya telah diberi kesempatan untuk menyiapkan tugasan CTU 101 saya.saya telah memilih tajuk masjid iaitu Sejarah penubuhan dan kegiatan Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah shah alam.pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ustaz abdul aziz bin harjin iaitu pensyarah CTU 101 yang mengajar kelas saya.dan telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan untuk saya menyiapkan tugasan ini. Kedua saya ingin juga berterima kasih kepada rakan-rakan yang setia membantu saya ketika mencari maklumat tentang masjid yang saya kaji.seterusnya terima kasih kepada semua pihak yang membantu saya secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan ini. Tujuan saya memilih masjid ini adalah kerana, masjid ini mempunyai banyak sejarah yang sangat menarik, dan senibina yang sangat indah. Struktur bangunannya lain daripada yang lain dan jarang terdapat di masjid lain. Selain itu, masjid ini berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya. Oleh itu ia akan memudahkan saya untuk membuat kajian di kawasan masjid ini.
Abstrak
Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadimasjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan
muka dan dada ketika mengerjakan solat.
Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam.Sejak zaman Rasulullah s.a.w. kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu. Kesimpulanya, masjid memberi pelbagai sumbangan dan peranan dalam aktiviti seharian kita.
Pembinaan dan sejarah masjid
SEJARAH PEMBINAAN
- Merupakan masjid terbesar dan terunggul di Malaysia dan di Asia Tenggara. Masjid berkubah biru ini dibina di atas kawasan seluas 14.6 hektar di pusat bandar Shah Alam.
- Masjid yang juga dikenali sebagai "masjid biru" di kalangan pelancong ini, mempunyai ciri-ciri senibina yang menarik dengan hiasan dalamannya yang menakjubkan.
- Masjid ini berdiri megah dengan lanskapnya yang indah dan terletak di sebahagian Tasik Shah Alam iaitu Tasik Raja Lumu yang memisahkan Masjid ini dengan Pusat Sivik Shah Alam.
- Masjid Negeri ini melambangkan kebesaran Islam dan kepentingan agama sebagai agama rasmi di Malaysia. Ia boleh memuatkan 16,000 jemaah pada satu masa dengan kemudahan-kemudahan seperti dewan kuliah, dewan seminar, perpustakaan, kelas-kelas bimbingan agama serta sebuah dewan yang luas untuk upacara akad nikah serta ruang mengambil wuduk yang canggih.
LAMBANG KEAGUNGAN ISLAM
- Masjid Negeri Selangor yang dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, merupakan salah satu lambang yang menyemarakkan keagungan agama Islam dan kedaulatan penganut Islam di Malaysia. Acara perasmiannya pada 11 Mac 1988, bersamaan dengan 23 Rejab 1408 Hijrah yang telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Selangor Darul Ehsan telah menempa sejarah bukan sahaja kepada DYMM Sultan, tetapi juga kepada rakyat Selangor seluruhnya. Sebagai Ketua Agama, DYMM Sultan telah mengikut sunnah Nabi Muhammad s.a.w dengan mengilhamkan pembinaan masjid ini. Masjid Negeri Selangor, pada masa kini merupakan masjid yang terbesar di Asian Tenggara. Berupaya untuk menampung 24000 orang jemaah .Dengan menggabungkan seni bina Islam dan Melayu, masjid ini terdiri daripada tiga tingkat. Pejabat, bilik persidangan, bilik menyambut tamu dan bilik kuliah terletak di tingkat bawah, dewan solat utama di tingkat satu, dan galeri di tingkat dua.
Sejarah dan senibina masjid sultan salahudin abdul aziz shah
Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah diarahkan dibina Oleh DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah melalui Jabatan Kerja Raya pada Awal tahun 1975 (selepas Shah Alam di ishtiharkan Ibu Negeri Selangor).masjid ini dibina oleh Jurubina Bertiga pada Awal tahun 1977.perletakan batu asa masjid ini disempurnakan Oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 8 Mac 1980 pembinaan masjid ini bermula pada 1 Oktober 1983 dan telah siap dibina pada 15 Ogos 1987.masjid ini mula digunakan oleh semua umat islam pada 3 Disember 1987 (hari khamis) .masjid ini telah dirasmikan pada 11 Mac 1988 .masjid ini dianggarkan berumur Hampir 22 tahun.Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan yang dinamakan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menjadi lambang keagungan dan kedaulatan agama Islam di negeri ini. Sebagai ketua agama Islam Negeri Selangor, baginda telah mengikuti tradisi yang diamalkan oleh pemimpin besar, Nabi Muhammad s.a.w. dengan membina sebuah masjid yang tidak ada tolok bandingnya di merata dunia.Masjid ini adalah masjid terbesar kedua di Asia Tenggara setelah Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia. Ada tiga pintu masuk. Pintu masuk utama menghadap pusat bandar Shah Alam. Dihiasi dengan pancutan air setinggi 70 kaki. Pintu masuk Diraja terletak di sebelah kanan.
Dewan Sembahyang utama seluas 73,000 kaki persegi ditutupi oleh satu kubah besar yang didokong oleh lapan tiang berbentuk empat persegi. Kubah itu mempunyai garis pusat 170 kaki dan 180 kaki tinggi. Setiap tiang mempunyai tangga dan dilengkapi lif.Dewan Sembahyang Utama dibentuk dalam dua peringkat. Tingkat atas untuk wanita. Semua lantai disaluti permaidani yang diperbuat daripada benang bulu bercorak geometrik berlatar belakang warna biru. Tiang dan dinding disaluti oleh batu marmar putih Mahsuri dari Langkawi. Keseluruhan ruang sembahyang seluas 162,000 kaki persegiPaip air untuk berwuduk paling moden telah dipasang. Pengunjung hanya perlu menyuakan tangan dan air akan keluar sendiri dan berhenti juga sendiri. Sebuah janakuasa tunggu sedia diadakan semasa ketiadaan bekalan elektrik. Mimbar masjid dibuat oleh pengukir tempatan mengikut corak masjid-masjid lama di Malaysia. Berukuran 7 kaki tinggi. Pelantarnya 5 kaki persegi , berdiri di atas empat tiang dan berbumbung batu marmar putih Mahsuri setinggi 30 kaki. Dihiasi dengan bintang dan bulan sabit emas di atasnya.Cermin dinding dihiasi dengan gril yang tinggi diperbuat daripada kayu berukir setinggi 7 kaki.Dinding Mehrab disaluti batu marmar diimport menggunakan batu marmar antik Turki. dihiasi dengan ayat-ayat al Quran di dalam bentuk tradisional.
Dengan siapnya masjid ini, rakyat Selangor tidak lagi terkilan. Impian Sultan Selangor menjadi kenyataan.
FAKTA menarik tentang masjid sultan salahudin abdul aziz shah
masjid sultan salahudin abdul aziz shah merupakan Masjid terbesar di Asia Tenggara.dan mempunyai Kubah masjid yang terbesar di dunia.serta Menara tertinggi di dunia.masjid ini.Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa. Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'.Masjid ini Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun.yang Bernilai 18 juta.Tapak masjid ini dipilih sendiri oleh baginda sultan salahudin abdul aziz shah.Baginda turut menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.selain itu Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.Kubah dalam dan luar terletak di atas alang bulat setinggi 24 kaki dan 14 kaki lebar. Di bahagian luar mempunyai panel enamel yang dihiasi Khat al Quran berwarna biru dan berlatar belakang panel kelabu.
Tulisan khat adalah hasil kerja penulis khat Mesir, Sheikh Abdel Moneim Mohamed Ali El Sharkawi. Usaha membuat khat ini dilakukan oleh Emaillierwerk dari Hannover, Jerman Barat.
Peranan masjid
Masjid sebagai Tempat Ibadat
Tugas utama Masjid ialah untuk melaksanakan ibadat seperti Sembahyang Lima Waktu, Sembahyang Jumaat, membaca Al-Quran dan majlis-majlis zikrullah
Masjid sebagai Dewan Syura
Tugas utama Masjid ialah untuk melaksanakan ibadat seperti Sembahyang Lima Waktu, Sembahyang Jumaat, membaca Al-Quran dan majlis-majlis zikrullah
Masjid sebagai Dewan Syura
Selain tempat ibadat, Masjid merupakan Dewan Syura umat Islam. Di zaman Rasulullah perbincangan secara syura dibuat sebelum memasuki perang Uhud, Ahzab dan lain-lain peperangan. Di zaman Khulafak Alrasyidin, Masjid Nabawi digunakan sebagai tempat membincangkan masalah perang, perjanjian-perjanjian, majlis perdamaian dan masalah-masalah politik.
Masjid merupakan Pusat Pendidikan Pertama dalam Islam
Peranan terpenting Masjid di zaman awal Islam ialah dibidang pendidikan. Masjid Nabawi mengeluarkan generasi Islam pertama yang dikenali sebagai ‘Generasi Al-Quran Yang Ulung’ yang mempelopori bidang kepimpinan Islam. Selain Masjid Nabawi, Masjid di Baghdad, Sham, Sana’a, Al-Azhar Mesir, Tunisia, Maghribi dan Andalus memainkan fungsi yang sama.
Masjid sebagai Rumah Persinggahan
Masjid juga merupakan rumah persinggahan musafir, dimana di situ disediakan makanan, minuman serta pakaian kepada mereka. Di zaman Rasulullah s.a.w. terdapat ahli Al-Sifat yang diberikan kemudahan tersebut.
Masjid sebagai Pusat Kebajikan
Masjid di awal Islam berfungsi menguruskan kutipan zakat dan sedekah dan pembahagian harta-harta tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Masjid sebagai Pusat Latihan Tentera
Masjid Nabawi juga pernah dijadikan tempat latihan perang.
Masjid sebagi Hospital
Di zaman Rasulullah s.a.w. Masjid Nabawi dijadikan sebagai Pusat Rawatan Tentera-tentera Islam yang tercedera dalam peperangan.
Masjid sebagai Rumah Tetamu dan Rombongan
Di Masjid Nabawi juga terdapat satu ruang khas untuk menyambut tetamu dan rombongan yang datang dari luar Madinah. Disini disediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan, bersesuaian dengan keadaan ketika itu.
Masjid sebagai Mahkamah
Di zaman Rasulullah s.a.w. segala masalah yang berlaku dan usaha mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa diselesaikan di Masjid.
Masjid sebagai Tempat Tahanan Tawanan Perang Musyrikin
Disebalik tindakan itu, terdapat beberapa hikmat dan rahsia. Diantaranya bertujuan untuk pengislaman mengikut budi bahasa yang mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.
Masjid sebagai Pusat Penyebaran Islam
Di zaman Rasulullah s.a.w. peranan terpenting Masjid ialah dibidang penyebaran dan penerangan Islam. Hasan bin Thabit r.a. merupakan sahabat pertama diamanah menjalankan tugas ini. Hal ini diteruskan hingga ke zaman Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.
KESIMPULAN
Masjid berperanan luas dalam pembentukan moral masyarakatnya. Setiap perkara boleh dirujuk dan diselesaikan melalui majlis permesyuaratan. Jika dibandingkan fungsi Masjid dengan lain-lain tempat perjumpaan awam yang lain, ruang dan masa yang diperuntukan di masjid lebih meluas dan terbuka kerana dalam tempoh sehari semalam, Masjid menyediakan peluang 5 kali waktu pertemuan. Disinilah juga terdapatnya semangat penyatuan umat dan meningkatkan hubungan kemesraan. Sesungguhnya fungsi Masjid teramat luas kepada umat Islam samada dari sudut ekonomi, sahsiah dan politik.
Masjid merupakan Pusat Pendidikan Pertama dalam Islam
Peranan terpenting Masjid di zaman awal Islam ialah dibidang pendidikan. Masjid Nabawi mengeluarkan generasi Islam pertama yang dikenali sebagai ‘Generasi Al-Quran Yang Ulung’ yang mempelopori bidang kepimpinan Islam. Selain Masjid Nabawi, Masjid di Baghdad, Sham, Sana’a, Al-Azhar Mesir, Tunisia, Maghribi dan Andalus memainkan fungsi yang sama.
Masjid sebagai Rumah Persinggahan
Masjid juga merupakan rumah persinggahan musafir, dimana di situ disediakan makanan, minuman serta pakaian kepada mereka. Di zaman Rasulullah s.a.w. terdapat ahli Al-Sifat yang diberikan kemudahan tersebut.
Masjid sebagai Pusat Kebajikan
Masjid di awal Islam berfungsi menguruskan kutipan zakat dan sedekah dan pembahagian harta-harta tersebut kepada pihak-pihak yang memerlukan.
Masjid sebagai Pusat Latihan Tentera
Masjid Nabawi juga pernah dijadikan tempat latihan perang.
Masjid sebagi Hospital
Di zaman Rasulullah s.a.w. Masjid Nabawi dijadikan sebagai Pusat Rawatan Tentera-tentera Islam yang tercedera dalam peperangan.
Masjid sebagai Rumah Tetamu dan Rombongan
Di Masjid Nabawi juga terdapat satu ruang khas untuk menyambut tetamu dan rombongan yang datang dari luar Madinah. Disini disediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan, bersesuaian dengan keadaan ketika itu.
Masjid sebagai Mahkamah
Di zaman Rasulullah s.a.w. segala masalah yang berlaku dan usaha mendamaikan pihak-pihak yang bersengketa diselesaikan di Masjid.
Masjid sebagai Tempat Tahanan Tawanan Perang Musyrikin
Disebalik tindakan itu, terdapat beberapa hikmat dan rahsia. Diantaranya bertujuan untuk pengislaman mengikut budi bahasa yang mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.
Masjid sebagai Pusat Penyebaran Islam
Di zaman Rasulullah s.a.w. peranan terpenting Masjid ialah dibidang penyebaran dan penerangan Islam. Hasan bin Thabit r.a. merupakan sahabat pertama diamanah menjalankan tugas ini. Hal ini diteruskan hingga ke zaman Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.
KESIMPULAN
Masjid berperanan luas dalam pembentukan moral masyarakatnya. Setiap perkara boleh dirujuk dan diselesaikan melalui majlis permesyuaratan. Jika dibandingkan fungsi Masjid dengan lain-lain tempat perjumpaan awam yang lain, ruang dan masa yang diperuntukan di masjid lebih meluas dan terbuka kerana dalam tempoh sehari semalam, Masjid menyediakan peluang 5 kali waktu pertemuan. Disinilah juga terdapatnya semangat penyatuan umat dan meningkatkan hubungan kemesraan. Sesungguhnya fungsi Masjid teramat luas kepada umat Islam samada dari sudut ekonomi, sahsiah dan politik.
Imam besar Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Objektif
Untuk menjadikan Masjid Negeri pusat kegiatan ummah dan lambang terpancarnya nikmat fizikal, material serta spiritual didalam mencari keredhaan Allah s.w.t
Misi
Untuk menjadikan Masjid Negeri sebagai masjid terbaik,terindah, menjadi contoh bertaraf dunia dan menjadi lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi negeri serta redhai Allah s.w.t
Visi
Untuk menjadikan Masjid Negeri pusat kegiatan ummah dan lambang terpancarnya nikmat fizikal, material serta spiritual didalam mencari keredhaan Allah s.w.t
Kemudahan di masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
Kaunter Pusat Zakat Selangor
Kaunter Pusat Zakat Selangor disediakan kepada orang awam berhampiran dengan Bilik Kuliah dan Bilik Wuduk Lelaki Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Perpustakaan
Perpustakaan MSSAAS telah dibuka secara tidak rasmi pada 22 jun 2009. Antara Program-program yang dijalankan oleh perpustakaan MSSAAS:
1) Lawatan ke Perpustakaan Negeri Shah Alam: :
2) Mengadakan gerak gempur mengemaskini perpustakaan
3) Menceriakan keadaan perpustakaan
4) Menyediakan borang kepuasan pelanggan, promosi mengenai perpustakaan, borang fotostat perpustakaan
5) Menerima kunjungan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
6) Memohon sumbangan bahan bacaan ilmiah daripada badan swasta NGO dan kerajaan
7) Program wakaf bahan bacaan untuk perpustakaan MSSAAS
8) Pembelian buku dan kitab-kitab dalam bahasa arab, bahasa melayu, dan bahasa inggeris
9) Mengenalpasti keperluan perpustakaan
10) Lawatan kerja ke Arkib Negara Malaysia
11) Kursus pendek pembantu perpustakaan
12) Menjadi antara daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri
KEMUDAHAN WIFI
Internet kini menjadi salah satu medium yang amat penting untuk berkomunikasi sama ada jarak jauh atau dekat. Penghantaran dan penyemakan dokumen-dokumen kerja, tugasan belajar dan emel menjadi rutin harian yang kadangkala terpaksa dilakukan diluar rumah atau pejabat.
Selaras dengan itu, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kini menyediakan kemudahan “WIFI” kepada semua pengunjung. Berkapasiti kelajuan 2 mb/s kemudahan ini disediakan kepada pengunjung bagi membolehkan sesetengah kerja harian boleh dilakukan di masjid.
Para pengunjung Masjid Negeri boleh mendapatkan kemudahan ini meliputi sekitar Dewan Solat Bawah, sekitar Pintu Diraja, sekitar Pintu Utama, Dewan Makan, Dewan Seminar dan juga Perpustakaan. Terdapat 3 punca yang boleh digunakan iaitu“MasjidNegeriLibrary”, “MasjidNegeriPublic01” dan "MasjidNegeriPublic02". Kemudahan “WIFI” ini telah diprogram tanpa kata laluan bagi memudahkan para pengunjung menggunakannya
Pengurusan Jenazah
kemudahan ini amat diperlukan penduduk setempat mahupun pihak Jabatan Agama Islam sendiri sekiranya ada orang-orang penting atau kakitangan kerajaan dalam kawasan pentadbiran Bandaraya Shah Alam yang meninggal dan memerlukan perkhidmatan pengurusan jenazah yang bersistematik. Sebelum ini, penyelenggaraannya telahpun beroperasi (secara tidak langsung) dengan mengurus beberapa jenazah. Antaranya;
1. Di Masjid Negeri
2. Di Surau sekitar
3. Di rumah simati (arwah)
Bidang Tugas Kumpulan
1 - Kerja pengurusan yang dilakukan ialah:
· Dari rumah ke Masjid
· Dari Hospital ke Masjid
· Dari Masjid ke Tanah Perkuburan
· Dari Hospital ke rumah arwah.
2 - Mengkafan Jenazah
3 - Menyembahyangkan Jenazah/Tahlil
4 - Mentalqinkan Jenazah
Bukan Bidang Tugas Kumpulan
Tidak menguruskan jenazah yang bermasaalah seperti pengidap HIV dan lain-lain penyakit berjangkit sebaliknya meminta agar waris merujuk kepada Pusat Perubatan yang terdekat.
Perbelanjaan Pengurusan Jenazah
Segala Kos Pengurusan akan ditanggung oleh waris atau wakil waris simati
Khidmat Nasihat
Sesi khidmat nasihat yang berkaitan isu-isu kekeluargaan disediakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pejabat Pentadbiran
Pejabat Pentadbiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dibuka kepada orang awam untuk urusan-urusan tertentu. Antara urusan yang boleh dilakukan termasuklah:
- Membuat Temujanji Dengan Imam
- Maklumat Tentang Pengajian Bersijil
- Pengesahan Permastautinan
- Pengesahan Borang Atau Sijil
- Permohonan Penggunaan Kemudahan Masjid
- Tahlil Arwah
Carta organisasi Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah
imam besar (ustaz ahmad Mustafa)
Pengimarahan : unit dakwah & informasi
Pengawai hal ehwal islam (ustaz firdaus)
Unit pengajian & pendidikan
Pengawai hal ehwal islam (ustaz Muhammad farhan)
Unit pembangunan ibadah & khidmat social
Pengawai hal ehwal islam (ustaz mohd hata)
Pentadbiran: unit pengurusan & kewangan
Penolong pengawai tadbir (mohd shahril)
Aktiviti-aktiviti dan kegiatan yang diadakan di masjid
Pada hari biasa
- Kuliah Syarah Al-Hikam
- Kuliah Maghrib Khas
- Bicara Addin
- Kuliah POP
- Seminar Al-Quran Rasm Uthmani
- Keajaiban Sedekah
- Forum Perdana Ehwal Islam
- Kuliah tasawwur islam
Di bulan Ramadan
- Ihya Ramadhan
- Jadual Imam Terawih
- Jadual Tazkirah
- Imsak & Berbuka
- Tanyalah Ustaz TV9
RUJUKAN
· http://almasjid.wordpress.com/2008/11/21/sejarah-masjid-sultan-salahuddin-abdul-aziz-shah-shah-alam/
Terima Kasih, untuk informasi yang lengkap.
ReplyDelete